Ahad, 19 Ogos 2012

HARI RAYA


SENDALOKA = Hari Raya.

Hari ini hari raya,
Seluruh umat Islam meraikannya,
Setelah sebulan kita berpuasa,
Kini dah tiba hari bahgia.

Tiba hariraya semuanya ceria,
Pakai kain baju semua lawa lawa,
Bubuh minyak wangi pelbagai aroma,
Jom ramai ramai ke masjid Sembahyang Hariraya.

Bermaaf maafan di hari raya,
Amalan yang baik di laksana,
Lupakan segala kisah duka lama,
Di hari raya kita bergembira.

Kunjung mengunjung saudara mara,
Rakan taulan sahabat handai semua,
Eratkan silatulrahim sesama kita,
Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara.

Pelbagai hidangan juadah Hariraya,
Ketupat, lemang, lodeh dan sebagainya,
Kuih muih, kek dan biskut pelbagai rasa,
Di tambah minuman beraneka warna.

=AHbA=

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sembahyang


SENDALOKA = Sembahyang.

Wahai umat Islam semua,
Sembahyang itu wajib di laksana,
Rukun Islam yang ke dua,
Ia merupakan tiang ugama,
Bukannya banyak, lima waktu adanya,
Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak saja.

Setiap sembahyang bukannya lama,
Tak sampai 10 minit setiap masa,
Tapi kenapa malas mengerjakannya,
Tak takutkah dengan azab ALLAH taala.

Meninggalkan sembahyang amat berat dosanya,
Di dunia lagi dah nampak azabnya,
Di hilangkan keberkatan di dalam umurnya,
Segala amalan tidak di beri pahala,
Segala doa tidak akan di makbulkan NYA,
Matinya nanti tanpa Iman bersama.

Bersembahyanglah dengan khusyuk dan takwa,
Masuk je waktu solat lah segera,
Jangan tangguh tangguh membuang masa,
Solat yang wajib perlu di utama,
Solat yang sunat di buat juga,
Adalah lebih baik berjemaah sahaja,
Memenuhi masjid dirumah Allah taala,
Pahalanya berlipat kali ganda,
Sembahyang lah selagi kita bernyawa,
Walaubagaimana cara dapat dilaksana,
Awasi syaitan yang selalu menggoda,
Yang selalu membuat leka dan lupa.

= AHbA=

Ahad, 5 Ogos 2012

Al Quran


SENDALOKA = Al Quran.

Al Quran bukannya kitab sembarangan,
Melalui Nabi Muhammad ia diturunkan,
Untuk umat Islam menjadikan amalan,
Sebagai panduan dan juga pengajaran,
Tidak boleh diragu, apa lagi di pertikaikan,
Segalanya di penuhi dengan kebenaran.
Bacalah, hayatilah segala isi kandungan,
Semuga kita benar benar beriman.

Al Quran di turunkan untuk di baca,
Untuk di hayati dengan penuh makna,
Bukan hanya di simpan di almari kaca,
Atau hanya untuk perhiasan saja.

Zaman sekarang dah ramai tak reti baca Quran,
Apa lagi nak menghafalkan,
Yang pelik lagi menghairankan,
Boleh pula hafal lagu hindustan.

Kalau tak reti baca Al Quran,
Carilah guru mintak ajarkan,
Jangan rasa malu atau rasa segan,
Nanti kita juga yang ketinggalan.

Ada juga yang tahu baca Quran,
Cuma malas menguasai perasaan,
Berbagai helah mahupun alasan,
Gitulah kalau dah terikut kata syaitan.

Ingatlah saudara dan jua teman,
Jangan pandang rengan tentang Al Quran,
Pengajaran di dalamnya bukan mainan,
Ianya panduan mereka yang beriman,
Alangkah ruginya kalau di biarkan,
Alangkah sia sianya kalau di tinggalkan,
Alangkah malunya kita kepada Tuhan,
Diri hanyut tanpa amalan.

= AHbA=

Sabtu, 28 Julai 2012

Rukun Islam 5 perkara


SENDALOKA = Rukun Islam 5 perkara.

Pertama mengucap dua kalimah sahadat,
Kepada Allah yg satu kita beribadat,
Tiada tuhan lain yang diingat,
Nabi Muhammad pemimpin umat,
Supaya hidup kita jangan tersesat,
Dari dunia sampai ke Akhirat.

Kedua sembahyang lima waktu,
Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak yang fardu,
Sujud ke hadrat Allah yang satu,
Mengenal ia supaya tentu,
Jangan sembahyang tidak menentu,
Iklas di hati bersih di kalbu.

Ketiga Ramadhan hendaklah puasa,
Cuma sebulan bukan selamanya,
Lapar dahaga wajib di rasa,
Semua pancaindera juga perlu di jaga,
Supaya kasih sesama manusia,
Tauhid kepada Allah yang Esa.

Keempat Fitrah dan memberi Zakat,
Fitrah segantang beras pula di sukat,
Zakat harta benda jangan pula di sekat,
Berikan si miskin sama sama merasa nikmat,
Tandanya Islam semua bersahabat,
Allah akan memberi berkat.

Kelima Fardu haji ke Baitullah,
Kepada yang mampu wajib beribadah,
Ke tanah suci tempatnya Mekah,
Rukun Islam sudah terjumlah,
Lima perkara tunailah sudah,
Itulah semua perintah Allah.

= AHbA =
(Diubah suai dari lagu asal nyanyian P Ramlie & Saloma)

Sabtu, 21 Julai 2012

Puasa Ramadhan.


SENDALOKA = Puasa.

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Umat Islam semua berpuasa,
Rukun Islam merupakan yang ketiga,
Wajib kita mengerjakan nya.

Dalam setahun cuma sebulan berpuasa,
Menahan diri dari lapar dahaga,
Menjaga hati dan segala pancaindera,
Menahan nafsu dari segala angkara,
Jauhkan diri dari godaan syaitan durjana,
Dekatkan lah diri kepada ALLAH yang Esa,
Lipat gandakan lah lagi amal serta usaha,
Sembahyang Tarawih dan Witir kerjakan jua,
Bacalah Al Quran untuk pedoman kita,
Bersedekah kita sesama manusia,
Iklas dan sabar perkara utama,
Yakin dan tabah turut di serta.

Berpuasalah kita dengan bersahur,
Jangan dok tidur sampai terlanjur,
Jangan nanti siang puasa asyik terkeliur,
Jangan juga asyik banyak tidur.

Bila dah tiba waktu berbuka,
Jangan lengah lagi berbukalah segera,
Makan minumlah ala kadar sahaja,
Jangan melantak sampai tak ingat dunia,
Takut nanti magrib entah kemana,
Takut nanti puasa hanya tinggal sia sia.

= AHbA =

Sabtu, 14 Julai 2012

Sambutan Hari Koperasi


SENDALOKA = Sambutan Hari Koperasi.

Empatbelas Julai hari Koperasi
Di sambut meriah pada malam tadi,
Stadium Bukit Jalil berhimpunnya ahli,
Ratusan bas peruntukan di beri,
Puluhan ribu ahli datang membanjiri,
Datang dari seluruh negeri,
Meriah sungguh tidak terperi,
Acara di resmikan oleh Perdana Menteri.

Sebaik bas kami datang menghampiri,
Sesaknya laluan hingga bas terhenti henti,
Susahnya nak cari tempat berhenti,
Kawasan terdekat sudah di penuhi,
Tempatnya parking jauh sekali,
Terpaksalah melangkah berjalan kaki.

Lautan manusia datang mengunjungi,
Banyaknya gerai jualan disana sini,
Murah murah harga yang di beri,
Berpusu pusu mereka membeli.

Jam sembilan malam majlis di mulai,
Ucapan yang amat berhormat Perdana Menteri,
Riuhnya pekikan menghilangkan sunyi,
Tiupan trumpet di sana sini,
Tak dapat nak dengar ucapan di beri,
Memekak telinga sampai jadi tuli.

Waktu nak balik satu hal lagi,
Berpusu pusu mencari bas tempat berhenti,
Kehulu ke hilir berjalan kaki,
Berpeluh peluh keluar kat dahi,
Ada yang tercicir entah kemana pergi,
Puas mencari, menalifon tak de jawapan diberi,
Yang menunggu semakin resah menanti,
Nak di tinggalkan tak sampai hati,
Bersabar dan berdoa je lah muga cepat di temui,
Alhamdulillah ....semuanya dah terkumpul kini,
Bas beransur pulang dah waktu dinihari,
Sampai kat rumah dah hampir tiga pagi.

= AHbA =

Sabtu, 7 Julai 2012

Ragam bebini dua.


SENDALOKA = Ragam bebini dua.

Bukan nak mengata apa lagi menghina
Gurauan ku ini hanya suka suka
Bagaimana ragam berbini dua
Banyak kisah suka dan duka

Ada yang mengaku takdenya dua,
Kononnya ni sajalah satu yang ada,
Padahal dah nikah di Thailand sana,
Sorok sebagai bini no dua,
Takut pada bini yang tua,
Nanti berperang jadi huru hara,
Satu malam dengan bini tua bersama,
Malam yang lain entah kemana,
Konon selalu kerja lebih masa,
Konon ada tugas di luar sana,
Asyik kelintong takut pecah rahsia,
Sampaikan duduk tak tentu rasa,
Sampai bila nak simpan rahsia,
Satu hari tembelang kan pecah juga.

Walaupun itu tuntutan ugama,
Lelaki bolih berbini dua,
Namun kebanyakan wanita tak suka,
Takut nanti hidup merana,
Kesunyian mula sering melanda,
Kasih berbagi tak sama cinta,
Nafkah di beri tak sama rata,
Keadilan juga tak dapat di rasa.

Namun tak semua bagai di sangka,
Ada keadilan lagi saksama,
Ada kejujuran di hati terbuka,
Ada kemampuan memiliki semua,
Ada ugama tak perlu waspada,
Insyaallah kan menjadi penghuni Syurga.

= AHbA =

Sabtu, 30 Jun 2012

Alam Rumahtangga


SENDALOKA = Alam Rumahtangga.

Sudah menjadi resam dunia,
Tiba masanya kita berumah tangga,
Perkahwinan itu amalan mulia,
Membina keluarga tuntutan Ugama,
Dulu bujang kini berdua,
Laki bini hidup bersama,
Mendapat restu ibu dan bapa,
Semuga kekal untuk selamanya.

Macammana nak kekalkan bahagia,
Bercinta lah sepanjang hayat kita,
Makan minum bawalah bersama,
Tidur baring sesama juga,
Solat jemaah amalkan senantiasa,
Berhibur bergembira bawa bersama,
Tolong menolong perlu ada,
Saling mempercayai perkara utama.

Alam rumahtangga banyak cabarannya,
Perlu di jaga sepanjang masa,
Jangan sampai porak peranda,
Tiada erti kalau berantakan saja,
Sayang menyayang kekalkan saja,
Tolak ansur perlu ada,
Hormat menghormati sesama juga,
Muga kekal aman bahgia.

Berumah tangga bukan untuk sehari dua,
Benalah untuk selama hidup di dunia,
Jangan ingat nak main main saja,
Bila dah tak suka Cerai yang di pinta.

= AHbA=

Ahad, 24 Jun 2012

Tudung Atau Fesyen


SENDALOKA = Tudung atau Fesyen.

Memakai tudung tapi macam telanjang,
Rambut bertutup yang lain nampak terang,
Konon ikut trend dunia sekarang,
Itulah gaya pompuan sekarang,
Mana tak nye ukuran body nampak terang,
Mana yang kendur, mana yang tegang,
Baju nipis saja nampakkan bayang,
Peha yang gebu sengaja di tayang,
Lebih baik tak pakai apa apa lagi senang,
Dah tentu tunjuk terang terang.

Ada yang gemar berbaju ketat,
Sudahlah ketat bajunya singkat,
Sampaikan nampak perut dan pusat,
Memakai tudung pakai ikat ikat,
Konon nya berfesyen untuk memikat,
Berseluar pula tersangat sendat,
Nampak bonjol punggung yang padat,
Nak berjalan pun tersekat sekat.
Ada yang melihat makin meluat,
Namun syaitan pasti terpikat.

Wahai pompuan ni semua bukannya adat,
Di segi ugama langsung tak berkat,
Jangan ikutkan budaya barat,
Kelak di neraka hidup melarat,
Menutup aurat adalah satu syariat,
Kepada ugama kita hendaklah taat,
Biar hidup berkat pahala berlipat lipat,
Dunia akhirat kita selamat.
Segala perbuatan kita mulakan dengan niat,
Bertudung berfesyen jangan tak kena tempat,
Perkara baik saja yang kita buat,
Muga hidup di penuhi berkat.

<AHbA>

Ahad, 17 Jun 2012

Ayah Ku (Selamat Hari Bapa)


SENDALOKA = Ayah ku.


Oh ayah kesayangan ku,
Kau juga idola bagi ibuku,
Sepanjang hayat kaulah peneraju,
Membimbing kami mendidik ilmu,
Mengajar kami segala yang Fardu,
Melindungi kami jika sesuatu berlaku.
Menghibur kami di kala pilu,
Membelikan pakaian secukup yang mahu,
Menyediakan tempat tinggal untuk beradu,
Memberikan nafkah sepanjang waktu.

Ayah ku bekerja tak kira waktu,
Dari awal pagi menjelang petang berlalu,
Memerah keringat tanpa rasa malu,
Menambah rezeki sekadar termampu,
Terkadang tak sempat nak selalu bertemu,
Namun kami semua redha dengan diri mu,

Masa begitu pantas berlalu,
Kenang kenangan ku bersama ayah masih terpaku,
Masih terngiang ngiang segala nasihat di telinga ku,
Masih terasa sentuhan kasih mu kepada ku,

Kini Ayah sudah tiada di sisi ku,
Pergi meninggalkan kami selama waktu,
Kembali ke Rahmatullah Tuhan yang Satu,
Hanya doa yang dapat ku kirim selalu,
Terhapus segala dosa dosa dahulu,
Tergulung kedalam orang2 yang mendapat RedaMU Allahu.
Kini akulah yang mengganti tempat ayah ku,
Penyambung zuriat keturunan waris mu.

<AHbA>
......Selamat Hari Bapa.....

Sabtu, 9 Jun 2012

Hari Lahir Ku


SENDALOKA = Hari Lahir Ku.

Tanggal 10 Jun hari ini.
Sempena hari lahir ku sendiri,
Pejam celik pejam celik tanpa ku sedari,
Masa yang berlalu begitu pantas sekali,
Usia ku terus meningkat lagi,
Di beri kesempatan untuk terus menikmati,
Di berikan kesihatan untuk terus di rasai,
Di limpahkan rezeki yang masih boleh di kecapi,
Di permudahkan melalui liku liku hidup ini,
Masih di beri peluang membaiki diri,
Bertaubat, beribadat, bermusahabah peribadi,
Rasa yang amat bersyukur ku pada Ilahi.

Masa kecil remaja memang selalu ku lupa,
Tau tau hari lahir terlepas begitu saja,
Tak siapa pun nak mengingatkannya,
Apa lagi nak buat sambutan atau meraikannya.
Tak perlu apa apa, tiada apa makna,
Namun peredaran zaman mengubah segalanya.
Kini usia ku dah semakin tua,
Anak anak cucu yang mengingatkannya,
Rakan Facebook tak kurang jua,
Melafazkan ucapan mengiringi doa,
Memohon berkat kepada ALLAH Ta'ala,
Di hidangkan Kek untuk di makan bersama,
Di berikan hadiah kenang kenangan seadanya.
Terima kasih lah segalanya.

Ingat ingat lah pada semua,
Kehidupan di dunia hanya sementara,
Bukan untuk di huni selama lama,
Sampai ajal kita kembali pada NYA.

<AHbA>

Sabtu, 2 Jun 2012

Emak (Ibu)


SENDALOKA = Emak. (Ibu)

Masa janin lagi kita duduk dalam perut emak,
Melahirkan ke dunia juga emak,
Bila dahaga yang menyusukan kita emak,
Bila lapar yang suapkan juga emak,
Nak mandikan kita juga emak,
Nak cebokkan berak kita juga emak
Bila kita menangis yang datang emak,
Bila kesorangan yang di samping kita emak,
Bangun dari tidur siapa yang dicari..emak,
Mana lagi tempat bermanja kalau bukan emak.

Bila kita sakit yang risau selalu emak,
Bila kita sekolah yang sibuk juga emak,
Yang siapkan sarapan pagi juga emak,
Yang kemaskan bilik tidur bersarabut juga emak,
Yang basuhkan pakaian kotor juga emak,
Yang hantar dan jemput sekolah juga emak.

Kalau kita merajuk yang memujuk emak,
Kalau kita nakal yang marah kita juga emak,
Kalau kita takut yang tenangkan kita emak,
Kalau kita bersedih yang simpati juga emak.

Bila berjauhan yang selalu kita rindu...emak,
Yang selalu di ingat ingat dalam kepala juga emak,
Kalau bersedih yang di telefon juga emak,
Kalau gembira yang di bagitau juga emak,
Nak mintak ini itu semuanya emak,
Nak mintak duit mengadu pada emak,
Sampai nak kahwin pun rujuk pada emak,
Apa apa masalah semua tertumpu pada emak.

Ingat ingatlah selalu dengan jasa emak,
Kenang kenanglah selalu susah payah emak,
Terlalu besar jasa dan pengorbanan emak,
Kita tak kan dapat hidup seperti harini tanpa emak,
>Bila kita dewasa jaga dan peliharalah emak,
>Jangan sakiti hati dan perasaan emak,
>Jangan sesekali derhaka kepada emak,
>Syurga itu terletak di bawah kaki emak.

Selamat hari ibu (Emak).
<AHbA>

Sabtu, 26 Mei 2012

Kenduri.


SENDALOKA = Kenduri.

Kenduri macam macam adanya,
Tak kira kecil atau besar semua ada,
Boleh di kata tiap tiap minggu ada saja,
Sape tak nak pergi makan percuma,
Kenduri Tahlil, doa Selamat, kesyukuran dan sebagainya,
Asalkan termampu buat sajalah seadanya.

Orang kita ni banyak buat kenduri,
Anak lahir ke dunia buatkan kenduri,
Ada yang dalam perut pun lagi dah dibuatkan kenduri,
Dah besar sikit berkhatan buat lagi kenduri,
Nak kahwin, bertunang ada kenduri,
Dah nikah, kenduri kahwin, lagi besarlah buat kenduri,
Nak sambut hari lahir pun ada yang buat kenduri,
Anak nak masuk pengajian tinggi pun kenduri,
Badan sehat selepas sakit buat kenduri,
Nak pergi Mekah buat kenduri,
Emak Bapak kita meninggal buatkan kenduri,
Bila kita dah mati nanti orang pula buatkan kenduri.

Apa apa pun kenduri, jangan di paksa,
Buat sekadar mana termampu sahaja,
Bukannya kewajipan tuntutan ugama,
Tapi kalau dah bernazar, kene buat jua,
Tak dapat kenduri besar buat kecik kecik saja,
Bersedekah lah sekadar yang termampu oleh kita,
Jangan sampai berhutang sana sini nak tunjuk gaya,
Jangan juga sampai menyusahkan diri seadanya.

<AHbA>

Sabtu, 19 Mei 2012

Kehidupan Kita.


SENDALOKA = Kehidupan.

Dari alam Roh ke alam Rahim Ibu
Di lahirkan ke Dunia bila tiba waktu,
Di jaga, di pelihara oleh ayah ibu,
Di suapkan makanan berupa susu,
Di selimutkan pakaian mengikut yang di perlu,
Di didik, di ajar dengan segala ilmu.

Bila dah dewasa barulah tau,
Pelbagai cabaran hidup di setiap waktu,
Ada yang manis bagaikan madu,
Ada yang pahit bagaikan hempedu,
Semua ini hanyalah cubaan yang perlu di lalu,
Namun kepada ALLAH jua memohon restu.

Ketahuilah wahai saudara/saudari ku,
Hidup di dunia ini hanya semantara waktu,
Kalau dah Izrael datang menjemput mu,
Tak kan boleh lari meski pun ada yang membantu.

Ingatlah wahai saudara/saudari ku,
Beramal beribadatlah sementara ada waktu,
Jangan leka dan lalai tidak menentu,
Mengucap lah selalu sebelum lidah kelu,
Jangan tinggalkan sembahyang lima waktu,
Berpuasalah ....jangan cuba nak menipu,
Keluarkan zakat/fitrah untuk bantu membantu,
Tunaikanlah Haji jika sudah mampu.

Sedarlah wahai saudara/saudari ku,
Tiada harta yang boleh di bawa bersama mati mu,
Hanyalah kain putih membalut jasad yang kaku,
Amal soleh, sedakah jariah & doa anak yang dapat membantu.

= AHbA =

Rabu, 9 Mei 2012

Duit


SENDALOKA = Duit.

Semua orang perlukan duit,
Kerja siang malam mencari duit,
Tak kiralah asalkan halal puncanya duit,
Jangan mencuri kalau nak tambah duit.

Nak makan minum mesti ada duit,
Nak pakaian pun mesti guna duit,
Nak jalan jalan perlu ada duit,
Nak melancong juga mesti ada duit,
Nak ke Mekah mau jugak duit,
Nak naik bas tambang perlu duit,
Nak beli kereta lagilah perlu duit,
Nak ada rumah perlu ada duit,
Nak perkakas dalam rumah pun semuanya duit,
Nak kan hiburan juga perlu duit,
Nak jumpa kawan mau ada duit,
Nak kawin lagi banyak guna duit,
Nak kenduri kendara perlu ada duit,
Nak ke Hospital pun perlu ada duit,
Nak gali kubur pun mau ada duit

Hidup di dunia semuanya perlu duit,
Hidup boleh sakit kalau tak de duit,
Berjimat jimat lah dengan adanya duit,
Buat simpanan untuk selamatkan duit,
Beramal sedekah kiranya banyak duit,
Hanya mati yang tak bawak duit.

=AHbA=

Rabu, 2 Mei 2012

Lelaki


SENDALOKA = Lelaki.  

Kaum Adam di sebut lelaki,
Berbagai ragam adanya diri,
Berbagai status juga di beri,
Mengikut gaya yang tersendiri.

Yang kurang bijak berusaha mencari rezeki,
Tak kira kerja apa yang di perolihi,
Harapkan kelulusan tak de yang tinggi,
Buat je la yang halal Asal jangan mencuri.

Yang bijak pandai lagi bistari,
Dah tentu belajar sampai Universiti,
Belajar tinggi sampai ketahap digri,
Berangan angan kerja menjadi Menteri.

Lelaki sebenar tanggung jawapnya ada,
Menjadi ketua dalam rumahtangga,
Menyediakan nafkah seberapa yang terdaya,
Mendidik anak isteri ilmu agama,
Sememangnya lelaki ada kuasa,
Tapi jangan suka salah guna kuasa,
Perlu dedikasi dan bertimbang rasa,
Agar kehidupan keluarga aman bahgia.

Namun ada jua yang salah haluan,
Ikutkan nafsu ajakan syaitan,
Hidup boleh jadi tidak karuan,
Rumahtangga di bena boleh berantakan.
> Ayuh saudara jangan di biarkan,
> Diri hanyut tanpa haluan.
> Marilah kembali ke pangkal jalan,
> Ingatlah diri ingatlah TUHAN.

=AHbA= Ahad, 29 April 2012.

Isnin, 23 April 2012

Makan


SENDALOKA = Makan.

Orang kita memang banyak makan,
Macam macam rupa ada makanan,
Ada yang halal ada juga yang haram,
Kita yang berugama perlu bijak menentukan,
Orang kita tak de yang kebulur kurang makan,
Tapi lebih ramai yang sakit kerna banyak makan.

Kemana kita pergi mesti ada makan,
Di rumah dah tentulah ada makan,
Tiap tiap pagi pasti bersarapan,
Di pejabat rehat kita pergi makan,
Di warong kopi bersembang sambil makan,
Pergi kenduri, orang jemput suruh makan,
Di majlis Ugama pun ada makan makan,
Pasar tani, pasar malam orang jual makan,
Apa lagi restoren atau hotel tentu banyak makan,
Pergi mesyuarat pun rehat ada makan,
Pergi melancung pun perlu makan makan,
Pergi berkhelah pun bawa bekal makan,
Dalam kapalterbang pun di beri makan,
Nak jumpa kawan pun kena belanja makan.

Kalau nak sehat tubuh badan,
Makanan berkhasiat perlulah di utamakan,
Jangan semua nya di balun tanpa sekatan,
Perlu bijak memilih mana nak di makan,
-Kurangkan lemak dalam masakan,
-Kurangkan garam jangan keterlaluan,
-Kurangkan gula dalam minuman,
-Kurangkan ajinamoto perisa tambahan,
Masakan rebus selalu amalkan,
Masakan bakar juga utamakan,
Lebihkan makan buah buahan.
Makan juga sayur sayuran.

Mulakan lah makan dengan Bismillah,
Di ahiri dengan Alhamdulillah,
Bersyukurlah selalu dengan Nikmat Allah,
Insyaallah kehidupan bertambah berkah.

=AHbA= Ahad, 22 April 2012.