SENDALOKA =
Puasa.
Bulan Ramadhan
bulan mulia,
Umat Islam semua
berpuasa,
Rukun Islam
merupakan yang ketiga,
Wajib kita
mengerjakan nya.
Dalam setahun cuma
sebulan berpuasa,
Menahan diri dari
lapar dahaga,
Menjaga hati dan
segala pancaindera,
Menahan nafsu
dari segala angkara,
Jauhkan diri dari
godaan syaitan durjana,
Dekatkan lah diri
kepada ALLAH yang Esa,
Lipat gandakan
lah lagi amal serta usaha,
Sembahyang Tarawih
dan Witir kerjakan jua,
Bacalah Al Quran
untuk pedoman kita,
Bersedekah kita
sesama manusia,
Iklas dan sabar
perkara utama,
Yakin dan tabah
turut di serta.
Berpuasalah kita
dengan bersahur,
Jangan dok tidur
sampai terlanjur,
Jangan nanti
siang puasa asyik terkeliur,
Jangan juga asyik
banyak tidur.
Bila dah tiba
waktu berbuka,
Jangan lengah
lagi berbukalah segera,
Makan minumlah
ala kadar sahaja,
Jangan melantak
sampai tak ingat dunia,
Takut nanti
magrib entah kemana,
Takut nanti puasa
hanya tinggal sia sia.
= AHbA =
Tiada ulasan:
Catat Ulasan