SENDALOKA =
Kenduri.
Kenduri macam
macam adanya,
Tak kira kecil
atau besar semua ada,
Boleh di kata
tiap tiap minggu ada saja,
Sape tak nak
pergi makan percuma,
Kenduri Tahlil,
doa Selamat, kesyukuran dan sebagainya,
Asalkan termampu
buat sajalah seadanya.
Orang kita ni
banyak buat kenduri,
Anak lahir ke
dunia buatkan kenduri,
Ada yang dalam
perut pun lagi dah dibuatkan kenduri,
Dah besar sikit
berkhatan buat lagi kenduri,
Nak kahwin,
bertunang ada kenduri,
Dah nikah,
kenduri kahwin, lagi besarlah buat kenduri,
Nak sambut hari
lahir pun ada yang buat kenduri,
Anak nak masuk
pengajian tinggi pun kenduri,
Badan sehat
selepas sakit buat kenduri,
Nak pergi Mekah
buat kenduri,
Emak Bapak kita
meninggal buatkan kenduri,
Bila kita dah
mati nanti orang pula buatkan kenduri.
Apa apa pun
kenduri, jangan di paksa,
Buat sekadar mana
termampu sahaja,
Bukannya
kewajipan tuntutan ugama,
Tapi kalau dah
bernazar, kene buat jua,
Tak dapat kenduri
besar buat kecik kecik saja,
Bersedekah lah
sekadar yang termampu oleh kita,
Jangan sampai
berhutang sana sini nak tunjuk gaya,
Jangan juga
sampai menyusahkan diri seadanya.
<AHbA>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan