SENDALOKA =
Sambutan Hari Koperasi.
Empatbelas Julai
hari Koperasi
Di sambut meriah
pada malam tadi,
Stadium Bukit
Jalil berhimpunnya ahli,
Ratusan bas
peruntukan di beri,
Puluhan ribu ahli
datang membanjiri,
Datang dari
seluruh negeri,
Meriah sungguh
tidak terperi,
Acara di resmikan
oleh Perdana Menteri.
Sebaik bas kami
datang menghampiri,
Sesaknya laluan
hingga bas terhenti henti,
Susahnya nak cari
tempat berhenti,
Kawasan terdekat
sudah di penuhi,
Tempatnya parking
jauh sekali,
Terpaksalah
melangkah berjalan kaki.
Lautan manusia
datang mengunjungi,
Banyaknya gerai
jualan disana sini,
Murah murah harga
yang di beri,
Berpusu pusu
mereka membeli.
Jam sembilan
malam majlis di mulai,
Ucapan yang amat
berhormat Perdana Menteri,
Riuhnya pekikan
menghilangkan sunyi,
Tiupan trumpet di
sana sini,
Tak dapat nak
dengar ucapan di beri,
Memekak telinga
sampai jadi tuli.
Waktu nak balik
satu hal lagi,
Berpusu pusu
mencari bas tempat berhenti,
Kehulu ke hilir
berjalan kaki,
Berpeluh peluh
keluar kat dahi,
Ada yang tercicir
entah kemana pergi,
Puas mencari,
menalifon tak de jawapan diberi,
Yang menunggu
semakin resah menanti,
Nak di tinggalkan
tak sampai hati,
Bersabar dan
berdoa je lah muga cepat di temui,
Alhamdulillah
....semuanya dah terkumpul kini,
Bas beransur
pulang dah waktu dinihari,
Sampai kat rumah
dah hampir tiga pagi.
= AHbA =
Tiada ulasan:
Catat Ulasan