SENDALOKA = Hari
Raya.
Hari ini hari
raya,
Seluruh umat
Islam meraikannya,
Setelah sebulan
kita berpuasa,
Kini dah tiba
hari bahgia.
Tiba hariraya
semuanya ceria,
Pakai kain baju
semua lawa lawa,
Bubuh minyak
wangi pelbagai aroma,
Jom ramai ramai
ke masjid Sembahyang Hariraya.
Bermaaf maafan di
hari raya,
Amalan yang baik
di laksana,
Lupakan segala
kisah duka lama,
Di hari raya kita
bergembira.
Kunjung
mengunjung saudara mara,
Rakan taulan
sahabat handai semua,
Eratkan
silatulrahim sesama kita,
Sesungguhnya
semua umat Islam itu bersaudara.
Pelbagai hidangan
juadah Hariraya,
Ketupat, lemang,
lodeh dan sebagainya,
Kuih muih, kek
dan biskut pelbagai rasa,
Di tambah minuman
beraneka warna.
=AHbA=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan