Jumaat, 13 April 2012

Facebook


SENDALOKA = FaceBook.

Facebook samajuga muka buku,
Ruang bersembang di dunia baru,
Kecil besar tua muda ramai yang tahu,
Tak kira pangkat, jawatan, semuanya mahu.

Ada yang rajin buat status selalu
Ada bermadah berbunga berlagu lagu,
Ada yang letak gambar bermutu,
Ada juga yang letak gambar palsu.
Ada yang suka tambah kawan sampai ribu ribu
Ada juga yang suka suka saja merapu,
Ada yang like saja sambil tersenyum sipu,
Ada yang kononnya nak menambah ilmu,
Ada yang bersembang tak jemu jemu,
Ada juga yang akhirnya boleh bertemu.

Siang malam ada saja yang melahu,
Tak kira masa tak kira waktu,
Ada yang muncul di waktu tertentu,
Kerja lain banyak lagi menunggu.

Seronok jugak Facebook ni ada,
Ramai kawan mahu pun saudara,
Tak kira di mana mereka berada,
Melayu jawa banjar berbagai bangsa,
Tak kira tua ke muda peringkat usia
Di muka buku mereka bersua.

Ingin jua ku beri nasihat,
Jangan keterlaluan kalau dah mengadap,
Ingat ingat waktu jangan sampai lesap,
Agar kehidupan bertambah berkat.

Bukan niat ku nak mengata sesiapa,
Sekadar berhibur meluah rasa,
Andai ada terkasar bahasa,
Kemaafan jua yang aku pinta.

-AhbA-  Ahad, 11 Mac 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan