Jumaat, 13 April 2012

Dunia Remaja


SENDALOKA = Dunia Remaja

Dulu kecil sekarang remaja,
Dulu tak reti kini dah mula bergaya,
Dah pandai bersolek menghias rupa,
Beli pakaian pun yang berjenama,
Emak bapak tak perlu ikut sama,
Konon dah besar ikut kawan saja.

Remaja sekarang memang beruntung,
Semua kehandak ayah ibu sokong,
Tak perlu lagi hidup di kongkong,
Suka suka pergi mana nak melencong,
Jumpa kawan dimana mana lorong,
Konon nak hibukan hati yang murung.

Berseluar ketat tapi bertudung,
Nampak pejalnya berisi ponggong,
Jantan poyo melihat tentunya melopong,
Geramnya rasa tak terbendong.
Awas remaja perempuan segeralah berlindung,
Jangan jual murah macam pasar borong,
Hidung tak mancung pipi jangan disorong,
Termakan pujuk rayu melambung lambung,
Takut nanti diri termengandung,
Tak de orang lain nak tolong.

Wahai remaja beringat ingatlah selalu,
Berbuat baiklah jangan tak menentu,
Apa anda buat semua Allah tau,
Buat yang terbaik pasti dapat restu,
Jangan cuba cuba nak menipu,
Jangan suka suka bercakap merapu,
Jangan cuba cuba berdating untuk bercumbu,
Jangan berlumba haram ketika memandu,
Jangan cuba cuba nak hisap candu,
Jangan hisap rokok itu tak perlu,
Jangan berperangai macam hantu,
Jangan sampai ayah ibu merasa malu.

-AhbA-   Ahad, 25 Mac 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan