Isnin, 23 April 2012

Makan


SENDALOKA = Makan.

Orang kita memang banyak makan,
Macam macam rupa ada makanan,
Ada yang halal ada juga yang haram,
Kita yang berugama perlu bijak menentukan,
Orang kita tak de yang kebulur kurang makan,
Tapi lebih ramai yang sakit kerna banyak makan.

Kemana kita pergi mesti ada makan,
Di rumah dah tentulah ada makan,
Tiap tiap pagi pasti bersarapan,
Di pejabat rehat kita pergi makan,
Di warong kopi bersembang sambil makan,
Pergi kenduri, orang jemput suruh makan,
Di majlis Ugama pun ada makan makan,
Pasar tani, pasar malam orang jual makan,
Apa lagi restoren atau hotel tentu banyak makan,
Pergi mesyuarat pun rehat ada makan,
Pergi melancung pun perlu makan makan,
Pergi berkhelah pun bawa bekal makan,
Dalam kapalterbang pun di beri makan,
Nak jumpa kawan pun kena belanja makan.

Kalau nak sehat tubuh badan,
Makanan berkhasiat perlulah di utamakan,
Jangan semua nya di balun tanpa sekatan,
Perlu bijak memilih mana nak di makan,
-Kurangkan lemak dalam masakan,
-Kurangkan garam jangan keterlaluan,
-Kurangkan gula dalam minuman,
-Kurangkan ajinamoto perisa tambahan,
Masakan rebus selalu amalkan,
Masakan bakar juga utamakan,
Lebihkan makan buah buahan.
Makan juga sayur sayuran.

Mulakan lah makan dengan Bismillah,
Di ahiri dengan Alhamdulillah,
Bersyukurlah selalu dengan Nikmat Allah,
Insyaallah kehidupan bertambah berkah.

=AHbA= Ahad, 22 April 2012.

Rabu, 18 April 2012

Wanita Hari Ini


SENDALOKA = Wanita Hari ini.

Wanita hari ini tak macam dulu,
Ramai berkelulusan tinggi ilmu,
Belajar tinggi tinggi sampai peringkat U,
Kerja pun bagus, tak de malu malu.

Wanita hari ini lebih terbuka,
Apa saja isu semuanya dah ada,
Konon tak mau ketinggalan masa,
Tu pasal berkejar menunjuk muka.

Wanita hari ini tak de segan silu,
Jumpa kengkawan di mana dia mahu,
Keluar pergi shoping dialah yang selalu,
Bawak kereta pun dia yang memandu.

Wanita hari ini ramai yang beragama,
Menjaga tatasusila maruah bangsa,
Taat setia kepada yang maha Esa,
Namun masih ada yang kehilangan punca.

Wanita hari ini memangnya hebat,
Ramai yang dah jadi kuat kuat,
Dialah pengerusi dalam mesyuarat,
Dialah Bos di dalam pejabat,
Boleh melaksana tugas yang berat,
Boleh memikul segala amanat,
Tugas rumahtangga juga dia ambil berat,
Sampaikan lelaki pula yang tak larat,

-AHbA-

Jumaat, 13 April 2012

Dulu dan Sekarang


SENDALOKA = Dulu dan Sekarang.

Dulu asal sakit je Tok Bomoh atau Dukun di cari,
   Sekarang dah lebih banyak Doktor di percayai,
Dulu isteri sakit nak bersalin panggil mak Bidan,
   Sekarang bawa je ke hospital naik ambulan.
Dulu kanak kanak berkhatan Tok Mudin yang buat,
   Sekarang jumpa doktor siap ada jururawat.
Dulu nak kawin orang tua yang pilihkan,
   Sekarang dah banyak sendiri je buat pilihan.
Dulu kenduri kendara ada orang yang hidangkan,
   Sekarang layan diri pilih saja apa nak makan.
Dulu bercinta jauh jauh guna surat je,
   Sekarang dah guna FB atau SMS saja.
Dulu budak sekolah berbasikal atau jalan kaki,
   Sekarang dah naik moto tak mau susah diri.
Dulu nak balik kampung berebut rebut naik bas,
   Sekarang ada kereta bila bila masa je boleh berlepas.
Dulu anak anak taat setia pada ibu bapa,
   Sekarang dah tak semua hormat orang tua.

Dulu simpan duit banyak kat bawah tilam,
   Sekarang dah ada Bank buat perkhidmatan.
Dulu nak masak nasi kat kayu api periok di tenggek,
   Sekarang dah guna gas atau periok nasi eletrik.
Dulu malam gelap cuma guna pelita.
   Sekarang petik kat tepi tengah menyala.
Dulu nak mandi sejuk guna air perigi,
   Sekarang guna air paip siap pemanasnya lagi.
Dulu nak membasuh kudrat tangan kaki sampai lenguh,
   Sekarang senang, masuk je dalam mesin basuh.
Dulu tengok TV peti besar tapi hitam putih,
   Sekarang TV LCD dah nipis dan canggih.
Dulu ikan sayur kena masak segera,
    Sekarang ada peti ais boleh simpan lama.

Dulu dan sekarang terlalu banyak yang berbeza.
   Apa apa pun BERSYUKURlah dengan apa yang ada.

-AHbA-  Ahad,08 April 2012.

Dunia Remaja


SENDALOKA = Dunia Remaja

Dulu kecil sekarang remaja,
Dulu tak reti kini dah mula bergaya,
Dah pandai bersolek menghias rupa,
Beli pakaian pun yang berjenama,
Emak bapak tak perlu ikut sama,
Konon dah besar ikut kawan saja.

Remaja sekarang memang beruntung,
Semua kehandak ayah ibu sokong,
Tak perlu lagi hidup di kongkong,
Suka suka pergi mana nak melencong,
Jumpa kawan dimana mana lorong,
Konon nak hibukan hati yang murung.

Berseluar ketat tapi bertudung,
Nampak pejalnya berisi ponggong,
Jantan poyo melihat tentunya melopong,
Geramnya rasa tak terbendong.
Awas remaja perempuan segeralah berlindung,
Jangan jual murah macam pasar borong,
Hidung tak mancung pipi jangan disorong,
Termakan pujuk rayu melambung lambung,
Takut nanti diri termengandung,
Tak de orang lain nak tolong.

Wahai remaja beringat ingatlah selalu,
Berbuat baiklah jangan tak menentu,
Apa anda buat semua Allah tau,
Buat yang terbaik pasti dapat restu,
Jangan cuba cuba nak menipu,
Jangan suka suka bercakap merapu,
Jangan cuba cuba berdating untuk bercumbu,
Jangan berlumba haram ketika memandu,
Jangan cuba cuba nak hisap candu,
Jangan hisap rokok itu tak perlu,
Jangan berperangai macam hantu,
Jangan sampai ayah ibu merasa malu.

-AhbA-   Ahad, 25 Mac 2012

Di Usia Senja


SENDALOKA = Di Usia Senja

Bila usia senja menjelma,
Umur semakin bertambah tua,
Hati resah mula terasa,
Sudah cukupkah amalan di bawa.

Diusia senja banyak ragamnya,
Ada yang kekal berpasangan bahgia,
Ada yang menduda mau pun janda,
Ada anak ramai bercucu pun ada,
Ada yang di pelihara anak anak tercinta,
Namum ada jua yang menghuni rumah orang tua tua.

Dulu sihat kini sakit sakit terasa,
Dulu rasa gagah kini tak terdaya,
Dulu hensom kini berkedut pula,
Dulu rambut hitam kini uban menjelma,
Dulu gigi penuh kini tinggal dua,
Dulu mata terang kini bercermin mata,
Dulu pendengaran OK kini tak kelia,
Dulu makan banyak kini tak berselera.

Beruntunglah hidup mencecah usia senja,
Bersyukurlah kita kepada yang Esa,
Beramal ibadat jangan di lupa,
Jangan masih lalai dan leka,
Jangan menambah dosa yang ada,
Andai tersesat kembalilah segera,
Selagi pintu Taubat masih terbuka,
Dunia yang di nikmati hanya sementara,
Di kurniakan Allah untuk kita merasa,
Jangan sesekali kita akan lupa,
Akhirat jua tempat bicara,
Menentukan ahli Syurga atau pun Neraka.

-AhbA-   Ahad, 18 Mac 2012

Facebook


SENDALOKA = FaceBook.

Facebook samajuga muka buku,
Ruang bersembang di dunia baru,
Kecil besar tua muda ramai yang tahu,
Tak kira pangkat, jawatan, semuanya mahu.

Ada yang rajin buat status selalu
Ada bermadah berbunga berlagu lagu,
Ada yang letak gambar bermutu,
Ada juga yang letak gambar palsu.
Ada yang suka tambah kawan sampai ribu ribu
Ada juga yang suka suka saja merapu,
Ada yang like saja sambil tersenyum sipu,
Ada yang kononnya nak menambah ilmu,
Ada yang bersembang tak jemu jemu,
Ada juga yang akhirnya boleh bertemu.

Siang malam ada saja yang melahu,
Tak kira masa tak kira waktu,
Ada yang muncul di waktu tertentu,
Kerja lain banyak lagi menunggu.

Seronok jugak Facebook ni ada,
Ramai kawan mahu pun saudara,
Tak kira di mana mereka berada,
Melayu jawa banjar berbagai bangsa,
Tak kira tua ke muda peringkat usia
Di muka buku mereka bersua.

Ingin jua ku beri nasihat,
Jangan keterlaluan kalau dah mengadap,
Ingat ingat waktu jangan sampai lesap,
Agar kehidupan bertambah berkat.

Bukan niat ku nak mengata sesiapa,
Sekadar berhibur meluah rasa,
Andai ada terkasar bahasa,
Kemaafan jua yang aku pinta.

-AhbA-  Ahad, 11 Mac 2012

Peneroka


SENDALOKA = Peneroka. 

Masa temuduga semua kata boleh buat
Awal2 dapat OK la, tak de mengeliat
Datang rokal di waktu yang tepat
Apa kerja pun semua di sebat
Tak kira rengan atau pun berat
 >>Tapi kini dah ramai yang tak larat

Ada yang kata badan tak sihat
Ada yang kononnya urat dah tergeliat
Ada yang rabun dah tak melihat
Ada yang makan dah tak selera sangat
Ada yang berdiam diri dah tak bersemangat
Ada yang bising macam penjual ubat

Ada yang berjaya sehingga kaya raya
Jadi kontrektor sepenuh usaha
Jadi gembala lembu,kambing, kerbau dan rusa
Jadi peniaga yang berjaya
Jadi pengusaha di pelbagai kerjaya
Buat pelaburan KPF dah tak terkira

Berumah besar duduk pun selesa
Berkereta senang berbelanja di pasaraya
Ada juga yang menambah bini no dua
Itulah hakikatnya kehidupan peneroka

> Namun tak juga semua peneroka maju
Malas berusaha tak tau mana nak tuju
Tersalah langkah najis dadah di hidu
Berjudi tikam no ekor selalu
Ke sarang maksiat tempat di tuju
Duit yang di dapat berbelanja melulu
Tak reti nak simpan mau pun melabur
Macammana nak berjaya kalau perangai macam tu.

Syukurlah duduk di Felda ni bertuah
Felda tolong mana yang bermasaalah
Di beri pinjaman mana nak buat rumah
Berbelanja di D’Mart ambil sajalah
Pelbagai bantuan di terima sudah
Apa nak fikir fikir..apa nak susah.

-AhbA-  Ahad, 04 Mac 2012

Pantun & Sendaloka.


SENDALOKA = Pantun & Sendaloka.

Mari berpantun bersendaloka,
Buat penghibur hati yang duka,
Tak kira tua atau pun muda,
Ada idea keluarkan lah saja.

Di sini ramai pemantun beridea,
Suka berpantun tak kira masa,
Tak kurang juga pembaca setia,
Tersenyum sendiri tekan like saja.

Pelbagai pantun di sini ada,
Ada yang lucu ada yang nyata,
Tak kurang juga yang merapu saja
Bah kan ada yang mengada ngada.

Kalau membaca pantun ni semua,
Jangan ada pula yang terasa,
Bukan nak keji atau menghina,
Sekadar hiburan kita bersama.

Bukan senang nak cari idea,
Membuat pantun yang baik baik saja,
Terkadang sampai terkedip mata,
Terkadang pula pening kepala.

Pada pemantun pembaca setia,
Di pohon ampun dan maaf segera,
Hamba juga manusia biasa,
Tak lepas dari salah dan dosa.

AhbA.