Sabtu, 26 Mei 2012

Kenduri.


SENDALOKA = Kenduri.

Kenduri macam macam adanya,
Tak kira kecil atau besar semua ada,
Boleh di kata tiap tiap minggu ada saja,
Sape tak nak pergi makan percuma,
Kenduri Tahlil, doa Selamat, kesyukuran dan sebagainya,
Asalkan termampu buat sajalah seadanya.

Orang kita ni banyak buat kenduri,
Anak lahir ke dunia buatkan kenduri,
Ada yang dalam perut pun lagi dah dibuatkan kenduri,
Dah besar sikit berkhatan buat lagi kenduri,
Nak kahwin, bertunang ada kenduri,
Dah nikah, kenduri kahwin, lagi besarlah buat kenduri,
Nak sambut hari lahir pun ada yang buat kenduri,
Anak nak masuk pengajian tinggi pun kenduri,
Badan sehat selepas sakit buat kenduri,
Nak pergi Mekah buat kenduri,
Emak Bapak kita meninggal buatkan kenduri,
Bila kita dah mati nanti orang pula buatkan kenduri.

Apa apa pun kenduri, jangan di paksa,
Buat sekadar mana termampu sahaja,
Bukannya kewajipan tuntutan ugama,
Tapi kalau dah bernazar, kene buat jua,
Tak dapat kenduri besar buat kecik kecik saja,
Bersedekah lah sekadar yang termampu oleh kita,
Jangan sampai berhutang sana sini nak tunjuk gaya,
Jangan juga sampai menyusahkan diri seadanya.

<AHbA>

Sabtu, 19 Mei 2012

Kehidupan Kita.


SENDALOKA = Kehidupan.

Dari alam Roh ke alam Rahim Ibu
Di lahirkan ke Dunia bila tiba waktu,
Di jaga, di pelihara oleh ayah ibu,
Di suapkan makanan berupa susu,
Di selimutkan pakaian mengikut yang di perlu,
Di didik, di ajar dengan segala ilmu.

Bila dah dewasa barulah tau,
Pelbagai cabaran hidup di setiap waktu,
Ada yang manis bagaikan madu,
Ada yang pahit bagaikan hempedu,
Semua ini hanyalah cubaan yang perlu di lalu,
Namun kepada ALLAH jua memohon restu.

Ketahuilah wahai saudara/saudari ku,
Hidup di dunia ini hanya semantara waktu,
Kalau dah Izrael datang menjemput mu,
Tak kan boleh lari meski pun ada yang membantu.

Ingatlah wahai saudara/saudari ku,
Beramal beribadatlah sementara ada waktu,
Jangan leka dan lalai tidak menentu,
Mengucap lah selalu sebelum lidah kelu,
Jangan tinggalkan sembahyang lima waktu,
Berpuasalah ....jangan cuba nak menipu,
Keluarkan zakat/fitrah untuk bantu membantu,
Tunaikanlah Haji jika sudah mampu.

Sedarlah wahai saudara/saudari ku,
Tiada harta yang boleh di bawa bersama mati mu,
Hanyalah kain putih membalut jasad yang kaku,
Amal soleh, sedakah jariah & doa anak yang dapat membantu.

= AHbA =

Rabu, 9 Mei 2012

Duit


SENDALOKA = Duit.

Semua orang perlukan duit,
Kerja siang malam mencari duit,
Tak kiralah asalkan halal puncanya duit,
Jangan mencuri kalau nak tambah duit.

Nak makan minum mesti ada duit,
Nak pakaian pun mesti guna duit,
Nak jalan jalan perlu ada duit,
Nak melancong juga mesti ada duit,
Nak ke Mekah mau jugak duit,
Nak naik bas tambang perlu duit,
Nak beli kereta lagilah perlu duit,
Nak ada rumah perlu ada duit,
Nak perkakas dalam rumah pun semuanya duit,
Nak kan hiburan juga perlu duit,
Nak jumpa kawan mau ada duit,
Nak kawin lagi banyak guna duit,
Nak kenduri kendara perlu ada duit,
Nak ke Hospital pun perlu ada duit,
Nak gali kubur pun mau ada duit

Hidup di dunia semuanya perlu duit,
Hidup boleh sakit kalau tak de duit,
Berjimat jimat lah dengan adanya duit,
Buat simpanan untuk selamatkan duit,
Beramal sedekah kiranya banyak duit,
Hanya mati yang tak bawak duit.

=AHbA=

Rabu, 2 Mei 2012

Lelaki


SENDALOKA = Lelaki.  

Kaum Adam di sebut lelaki,
Berbagai ragam adanya diri,
Berbagai status juga di beri,
Mengikut gaya yang tersendiri.

Yang kurang bijak berusaha mencari rezeki,
Tak kira kerja apa yang di perolihi,
Harapkan kelulusan tak de yang tinggi,
Buat je la yang halal Asal jangan mencuri.

Yang bijak pandai lagi bistari,
Dah tentu belajar sampai Universiti,
Belajar tinggi sampai ketahap digri,
Berangan angan kerja menjadi Menteri.

Lelaki sebenar tanggung jawapnya ada,
Menjadi ketua dalam rumahtangga,
Menyediakan nafkah seberapa yang terdaya,
Mendidik anak isteri ilmu agama,
Sememangnya lelaki ada kuasa,
Tapi jangan suka salah guna kuasa,
Perlu dedikasi dan bertimbang rasa,
Agar kehidupan keluarga aman bahgia.

Namun ada jua yang salah haluan,
Ikutkan nafsu ajakan syaitan,
Hidup boleh jadi tidak karuan,
Rumahtangga di bena boleh berantakan.
> Ayuh saudara jangan di biarkan,
> Diri hanyut tanpa haluan.
> Marilah kembali ke pangkal jalan,
> Ingatlah diri ingatlah TUHAN.

=AHbA= Ahad, 29 April 2012.